Saturday, February 27, 2010
BREATHING THERAPY FOR HEADACHE & TIREDNESS
Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold" .
When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone.
If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily.
Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily.
When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly.
Thursday, February 25, 2010
Santai~....
Kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang....
Kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit...
kata atuk,
KAWAN tu seperti air,
terus mengalir....
Kata nenek,
KAWAN tu bak bulan,
dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana....
Kata sedara,
KAWAN tu macam makanan,
Kawan makan Kawan!!!
Kata abang,
KAWAN tu seperti lembu,
mengikut apa saja di kata.....
Kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian,
bau je busuk tapi sedap dimakan...
Kata adik,
KAWAN tu macam biskut,
sekejap ada sekejap takde....
Kata aku,
Kawan tu tak kisahlah macam mana...
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT... dia tetap KAWAN....
Tau sebab apa??? Sebab sekali aku kawan dengan dia selamanya dia tetap kawan aku....
Monday, February 22, 2010
Cara Menadah Tangan/ Berdoa Yang Betul
1) angkat tangan ke paras dada
2) rapatkan kedua-dua belah tapak tangan
3) “apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب Titik ba terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
4) duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
5) sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya… jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw
6) berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya
7) ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan
Sunday, February 14, 2010
Valentine's Day
Siap kena buat soal kaji selidik tu... Huhu... Cari bahan sana sini... Fikir soalan yang nak di ajukan pada responden lagi... akhirnya dapat juga siapkan tugasan yang diberi.... Serba sedikit asal usul hari 'Valentine' dapat dikumpul dan dikongsikan bersama dengan rakan-rakan yang lain. Dalam kehidupan realiti, walaupun dikalangan pelajar yang ditahap ipt ni pun, belum tentu mereka tahu asal usul sambutan 'Valentine' secara sepenuhnya. Itu belum lagi dicampur dengan mitos atau lagenda zaman Rom kuno. It goes the same with me... Dulu tak pernah nak ambil tahu secara terperinci asal usul hari 'Valentine' tapi bila dapat tugasan baru la bertambah info.
Ok... Sambung topik tadi, sebenarnya tak salah nak meraikan hari yang istimewa bersama orang yang tersayang... Tapi tidak perlu tunggu sehingga 14 Februari baru nak sambut. Melainkan tarikh tu bagi makna yang mendalam pada pasangan selain untuk memperingati 'Valentine'. Contohnya ulang tahun kelahiran atau ulang tahun perkahwinan...etc... Tapi, kena juga tengok siapa yang dimaksudkan sebagai orang yang tersayang tu. Kalau insan yang dimaksudkan memang pasangan hidup yang sah, takkan ada halangan atau pandangan serong dari masyarakat. Kalau setakat pasangan kekasih yang belum tentu berkekalan hingga akhir hayat, baik lupakan. Antara sebab-sebabnya, godaan2 agar kita lakukan maksiat takkan berhenti dan akan hadir tanpa kita sedari. Sebab yang lain pula, masih ada golongan insan yang 'bijak' berfikiran mereka tergolong orang yang kolot atau 'poyo' kalau tak bersama-sama menyambut hari 'Valentine' ni sambil buat aktiviti2 tambahan... (-_-!!)
Para ilmuan pun ada bagi pendapat, Perilaku manusia ingin berkasih sayang memang tidak salah. Tapi ada had dan caranya. Amat penting untuk menumpukan perhatian terhadap perasaan kasih sayang ditempat yang betul.
Dalam ajaran Islam sendiri pun secara terang dah diberitahu terdapat 3 kategori kasih:
-Pertama, kasih Pencipta (Allah Subhanahu wata’ala) kepada hamba-Nya;
-Kedua, kasih hamba kepada Pencipta dan
-Ketiga, kasih makhluk sesama makhluk.
Sayang kalau kita masih tak tahu nak berikan kasih sayang yang lebih pada 'siapa' dan menyanjung tinggi pada yang Esa.
Thursday, February 11, 2010
Khasiat Kurma, Kismis, Madu
1) KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)". Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir". Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan". Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
2) KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih". Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi". Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa". Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".
3) MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi". Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".
Friday, February 5, 2010
Terkejut.... Terkilan... Terkedu
Tuesday, February 2, 2010
PENING!!!!!
Aduhai.... Memang tak boleh nak elak kalau perubahan cuaca mendadak dari sejuk waktu pagi ke cuaca panas terik bila masuk waktu tengah hari sampai ke petang....What a day... Siapa2 ada cara nak hilangkan pening kepala yang dijamin berkesan???