Sunday, January 31, 2010

Di hari Hujung Minggu

Menjalani kehidupan pada hujung minggu tanpa sebarang aktiviti memang membosankan. Di kepala mula la fikirkan perkara2 yang kreatif semata-mata untuk mengisi masa lapang yang terlalu lapang. Nak borak2 dengan housemate yang lain masing2 sibuk dengan aktiviti sendiri. Kak hana yang rajin berceloteh pun takde di rumah waktu ini. Tengah duduk melepak sambil online baru la teringat assignment, test, slide yang sebenarnya dah lama memanggil supaya dibelek, dibaca, ditaip, ditulis segala.... Buku pun macam melambai-lambai je setiap kali lalu depan meja study. Dengan sepenuh hati tapi separa rela semua buku, nota dan bahan untuk assignment di ambil. Konon nak siapkan semua kerja hari ini juga.

Tapi macam biasa la... kata akal, kata hati dengan anggota badan langsung taknak bekerjasama antara satu sama lain. Hasilnya kerja yang di plan nak buat lambat perkembangannya. Baru buat kerja sikit rasa haus. Baru buat draft sikit mata rasa mengantuk. Telinga ni gatal rasa nak dengar lagu. Tangan pula gatal nak on laptop untuk online. Last2 buat phone call pada cik af konon nak tanya apa dia tengah buat. Cik Af jadi penyelamat bila dia inform nak datang rumah. (Af, kau memang datang tepat pada waktunya... hehe..) Kalau cik La dan cik Af berjumpa, alamatnya urus niaga bertukar bahan-bahan yang berfaedah akan dilakukan. *hanya untuk kami berdua serta kroni2 yang sewaktu dengannya akan fikir begitu... Ada la dalam sejam kami lepak2... borak2... gelak2... soseh2...

Lepas cik Af balik kak hana pun sampai rumah... Konon2 rasa bersalah sebab dah sepahkan rumah. Macam mana la tak bersepah... Kertas nota berselerak dekat ruang tamu. Tak cukup dekat atas meja, atas sofa dengan lantai pun ada nota. Tuan punya nota bukannya tengah pegang nota tapi sibuk menatap laptop menonton segala koleksi muzik video yang disimpan. Kerja yang perlu disiapkan dah siap di taip dan disimpan dalam pendrive.... takkan la nak terus tutup laptop kan....

Malam ni nak sambung buat CTU pula. Esok hari dah kurang beban dan kerja yang tengah beratur dan bersusun untuk disiapkan. (So... apa lagi cik La... dah tak reti2 nak berhenti buat benda2 yang 'lagha' ni... Kerja lain banyak lagi tengah tunggu tu...)

Ok la... lepas ni sambung cerita lain pula... Selamat berhujung minggu buat rakan2 yang lain.

p/s: Buat cik Af, silalah tonton video ini... Khas buat anda =) Inilah satu-satunya video yang sukar difahami dari segi lirik dan jalan cerita yang tiada kaitan langsung...




Saturday, January 30, 2010

Kesan Radiasi Telefon Bimbit

Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas telur telah dijalankan. Bahan yang digunakan sebiji telur dan dua buah telefon bimbit. Persediaan adalah seperti gambar di bawah:




Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit.


Hasilnya seperti berikut: 15 minit - tiada apa yang berlaku.
25 minit - telur mulai panas.
45 minit - telur telah panas.
65 minit - telur telah masak.



Gambar telur tersebut dipaparkan di bawah:





Rumusan:
Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur.
Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit.Saya mengingatkan diri saya dan pembaca sekalian agar jangan berbual lama-lama melalui telefon bimbit. Bagaimana dengan telefon bimbit yang disimpan di pinggang? Apakah ianya memberi kesan yang sama? Bagaimana pula dengan mereka yang menyimpan dua buah telefon, satu di kocek kanan dan satu di kocek kiri?

Thursday, January 28, 2010

Online Marketing Strategy

Memandangkan minggu depan ada test IM yang pertama... Dengan rasa rajin dan baik hatinya saya sebagai pemilik blog ini ingin berkongsi nota bersama-sama classmate yang lain.. Hikhik=P

Marilah kita study sama2. Since text book masih belum sampai lagi, boleh study sambil tukar2 nota yang sempat di catat masa kelas. Study wei... dah nak test ni... Chow.. Salam

Check out this SlideShare Presentation:
it's from dave chaffey the author for internet marketing.

Wednesday, January 27, 2010

Maafkanlah Mereka

Jika anda mendengar kata-kata yang tidak patut dari saudara anda atau anda baca tulisan yang memburuk-burukkan anda, maka berikanlah kata maaf anda.
Apabila seseorang mencemuh, memcaci, mengejek serta menyakitimu, maka berikanlah juga kata maafmu pada mereka.
Apabila seseorang terlambat mengunjungi atau menemuimu, maka maafkanlah dia.Jika dia tidak gembira di saat anda bergembira, tidak sedih di saat anda bersedih, dan tidak turut serta dalam pesta kemenangan anda, maka maafkanlah dia juga.
Mengapa anda mesti memberi maaf di atas seluruh kejahatan ini?Itu supaya anda merasa nyaman dan tenteram. Agar anda dan orang lain bahagia, kerana anda telah menyelesaikan masalah dari akarnya.
Jika anda tidak melakukan hal itu, maka anda akan menemukan suasana hati anda sendiri yang keruh, resah, sengsara, sentiasa mengingatinya dan ingin menuntut balas keatasnya.
Dengan demikian, maka hidup anda akan berubah, mengalami krisis yang sebenar, menjadi setimbun masalah dan selonggok ketakutan!

Firman Allah dalam Surah Al-Imran, ayat 134 :"Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang san susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."

Masyaallah!Alangkah baiknya jiwa yang penuh toleransi, kerana ia akan hidup dalam keamanan,ketenangan, ketenteraman dan penuh kasih sayang.Sedangkan jiwa yang pendendam dan sentiasa mempunyai perasaan ingin menuntut balas akan hidup dalam kesengsaraan, kerugian dan kehinaan.Nauzbillah.Renungkanlah bersama.

p/s : Jika kita ingin mendapatkan kemaafkan dari orang yang pernah kita sakiti, ajar dahulu diri kita apa erti kemaafan yang sebenar dan belajar memaafkan orang yang pernah menyakiti kita.Memberi dahulu adalah lebih baik dari megharapkan penerimaan.

Teringat pada En. R dan Pn. R

Siapa yang dimaksudkan dengan En R dan Pn R tu??? Hehe.. sudah semestinya kedua ibu bapa saya yang tercinta... Cewah... (^-^) Masa tengah khusyuk dengar lagu dari mp3 phone tadi tiba2 teringat pada mak dan ayah. Spontan tersenyum sendiri. Tapi bukan tengah angau ok... Cuma teringat kejadian2 atau perbualan yang seronok dan kelakar bersama mereka.


Bila dok teringat kat dorang hati rasa syukur sebab dapat parents yang terbaik untuk diri. Nak kata sporting, ada gak benda yang dorang sangat strict. Nak kata garang, ada je time dorang wat lawak spontan depan anak2 dorang. Parents yang sangat memahami?? Yup.. they're the most understanding parents for us in the family. Plus, jiwa dorang pun macam jiwa anak-anak dorang juga... Rasanya inilah salah satu sebab kami adik beradik tak berapa minat keluar melepak dengan kawan2. Kami lebih suka keluar dengan parents untuk jalan2, shopping, main bowling.. etc.... Rasa lebih seronok keluar dengan dorang. Atas sebab rasa selesa dan keselamatan kami jauh lebih terjamin bila dengan mereka.

Rasa selesa dengan mereka sampai kita boleh bercerita apa sahaja dengan mereka. Tentang bestfriends, coursemate, housemate, orang yang tak berapa 'ngam' dengan kita pun boleh diceritakan pada mereka. Kalau ada apa2 masalah tak perlu sembunyi dengan mereka. Lebih baik share dan minta pertolongan dari mereka. Kita rasa akrab dan rapat dengan mereka bila 'wave' kita bersama parents adalah sama atau tiada suasana janggal bila berkomunikasi dengan mereka. Sampai satu tahap, mak dan ayah pun kadang2 guna bahasa pasar remaja zaman sekarang seperti 'poyo' dan sengal bila berkomunikasi dengan anak2. Nanti ada la sesi dialog seperti, " Kenapa taknak singgah bank pergi bayar yuran tadi?? Sengal la zila ni." Ataupun ada situasi dimana mak atau ayah sengaja nak buat kami panas hati, "Poyo la dida" tak pun "poyo la cara asyraf main bola tadi" (masa tu rasa macam menyesal memperkenalkan perkataan2 yang tak berfaedah macam tu pada parents sendiri)

Kalau cerita pasal kenangan waktu kecil mesti teringat pasal satu benda ni. Ingat senang ke nak dapat parents yang sama2 berebut main games. Video game yang guna kaset petak dulu tu... Siap tiup2 pada permukaan bawah tape game kalau gambar game tak clear. Ingat tak game super mario, Tetris, Contra...etc. Ha... itulah game yang selalu kami anak-beranak berebut tunggu giliran nak main. Siap ada babak tawar menawar lagi dengan mereka.

Masa kecil kami adik beradik semua nakal. Ada je kejadian yang kami buat memeningkan kepala mak ayah siap buat jiwa mereka kacau sekali. Kejadian yang takkan dilupakan time zila tak sengaja bakar bilik stor rumah. Masa tu bukannya suka2 nyalakan api kat bilik stor tu. Semuanya gara2 kesiankan anak kucing yang dok kat dalam bilik gelap. Umur pun baru 6 tahun. Manalah tahu kucing sebenarnya ada night vision. Boleh aje dorang tu hidup @ bergerak waktu gelap. Bila baik hati nyalakan lilin bagi terang bilik tu untuk kucing, zila pun sibuk pergi main bunga api dengan adik. Time pagi2 buta ok... baru lepas bersahur kalau tak silap waktu tu. Tengah syok bernyanyi sambil menari dengan bunga api semua tiba2 ternampak ada asap hitam keluar dari dalam stor. Zila pun cepat2 lari nak tengok apa yang dah terjadi. Wargh!!! Kotak besar yang ada kat dalam stor tengah terbakar la... "Habis la kalau mak dan ayah dapat tahu...." Dalam tengah panik tu sempat la juga lari ke dapur amik periuk dan isi air untuk padamkan api. Baru lepas jirus air sekali mak dah perasan... Terus dia menjerit, "Zilaaaaa!!!!! Apa yang ko dah buat haaa...!!!" Benda yang pertama difikirkan bila dengar mak menjerit macam tu mestilah sembunyi menyelamatkan diri.. hehe... Ayah siap backup lagi tolong cover cakap pada mak yang dia tak nampak zila lari ke mana... padahal dia nampak je zila ni terkedek-kedek lari dan merangkak sembunyi bawah katil. (Thanx dad -_-!!) Nasib kebakaran tu kira kecil lagi.. Tak berbahaya.
Tapi hasilnya zila dah buat jiwa ayah kacau atas sebab2 tertentu :
1. Dalam kotak yang terbakar tu semuanya barang milik ayah.
2. Hampir semua surat2 cinta mak kepada ayah time dorang muda mudi dulu dah hangus terbakar.
3. Pasport ayah turut terbakar.
4. Beberapa barangan askar ayah turut terbakar.
5. Stor rumah yang tak disengajakan terbakar ni rumah kuarters askar. Rumah kami berdekatan dengan office ayah. Tak ke kecoh bila anak2 buah dia nampak apa yang terjadi... huhu..
6. Ayah baru je lepas mission dengan UN dan baru balik Malaysia.... Anak dia sudah bagi satu situasi yang agak mencemaskan pada hati ayah sama macam dia tengah wat mission... Kekeke...

Seriously, bila dikenang balik waktu kejadian tu mesti zila tergelak. Kucing yang zila sibuk jaga tu semuanya selamat. Selamba je mak kucing angkut anak2 dia pindah bilik stor lagi satu time kebakaran tu. Yang sedang kalut cuma mak dan ayah yang berusaha padamkan kebakaran. Zila pula sibuk dok sembunyikan diri bawah katil takut kena marah dengan mak. Adik pula masa tu blur sebab tak berapa faham apa yang tengah berlaku.

Ini baru satu peristiwa... Belum lagi dengan kejadian yang lain2. Seingat zila mak tak ada rotan atau pukul guna 'hanger' hari tu. Ayah pun tak ada marah2. Mereka pun terkejut kot. Hehe.. Tapi yang penting semua orang selamat. Yang tak selamat barang2 berharga ayah tu je la...

Bila dah besar ni alhamdulillah tak ada perkara2 yang buruk dilakukan kami adik-beradik. Seboleh- bolehnya ikut cakap mak ayah. Kalau ada kawan2 tanya mak ayah ko garang ke tak?? Kami akan jawab tak. Sebab masa kami kecil mak ayah dah puas jadi parents yang superb punya garang dan tegas. Sekarang ni dah tak ada 'hanger', tali pinggang, cubit, kene kunci kat luar rumah time malam, tendang segala.... Kalau ada paling teruk pun bebelan mak yang non-stop. Ayah pula akan keluar komen atau 'statement' yang agak sinis dan 'sarcastic'. Memang menusuk hati la kalau kena macam tu. Tapi apa2 hal merekalah parents yang 'sporting' dihatiku. Kalau nak main bowling boleh ajak mereka sekali. Nak tinjau PC fair pun boleh bawak mereka sekali. Masa nak pergi shopping lagi best kalau mereka ada sekali.

Cara mak dan ayah serapkan nilai2yang baik pun bukan secara paksa. Mereka bagi contoh melalui perlakuan dan ajakan agar kami ikut serta. Mereka tunjuk betapa pentingnya begaul mesra sesama keluarga. Sentiasa melawat orang tua di kampung. Ziarah sanak saudara bukan masa raya sahaja. Kalau ikutkan, diri ini rasa bangga dengan parents sendiri sebab jiran2 amat baik dengan kami sekeluarga. Tiap2 hari mak akan pergi bersenam dan bersukan bersama2 jiran. Kalau ada masak lebih nanti ada sahaja bekal yang dihantar atau diterima oleh mak. Dengan saudara mara pun kami rapat. Raya tahun lepas pun ayah sanggup jemput adik angkatnya yang masih baru memeluk Islam untuk bersama-sama raikan hari raya bersama keluarga besar kami. Sebagai kenangan, kami mengambil gambar potret sekeluarga untuk digantung di kampung dan juga rumah masing-masing.

Hm... tak sabar nak cuti mid sem nanti. Kalau serentak dengan cuti sekolah bermakna ada la program cuti yang dah disediakan oleh ayah untuk kami sekeluarga. Untung2 dapat la buat cuti2 Malaysia.

Tuesday, January 26, 2010

A post that reminds me of someone

Dah lama tak aktifkan diri dengan salah satu social network ni... Bila 'log in' terkejut pulak tengok berderet senarai 'comment' dan 'message' dari sahabat handai masa diploma... Haaa.. masa ni la masing-masing sibuk mesej rindu dan teringat pada 'member2' yang kamcing masa diploma dulu. Masa kiter nak beramah mesra time lepas convo masing-masing sibuk... Sekarang ni bila dah tak aktif, masing-masing 'complaint' dan tanya kenapa menyepi... Bila senyap salah... tak reti senyap pun salah... Suka hati korang la...

Masa baca post2 yang lama teringat pada member2 yang kamcing dulu. Huhu... Aku tak lupakan korang la... Cuma tak berkesempatan nak 'contact' dengan kamu semua... Kalau tak percaya baca post ni sampai habis. Warna yang aku pilih ni memang dah terlintas kat fikiran awal2 lagi.

p/s: kalau anda rasa saya sudah mula merepek, abaikan sahaja entry ini... tak penting pun untuk dibaca. Ianya penting buat sahabat handai saya yang berada di serata Malaysia... Ada yang dekat Sarawak... Sabah... Kelantan... Pahang... KL...etc....

Choose one colour that represents yourself:
-WHITE
-BLACK
-PINK
-YELLOW
-BLUE
-ORANGE
-PURPLE
-TEAL
-GREEN

As you have think of one colour, you may read the meaning of it.
•W•H•I•T•E• I don’t really know right now..
•B•L•A• C•K• Your single but u like some one.
•P•I•N•K • taken and confused at some things
•Y•E•L •L•O•W• Wish you could go back in time…
•B•L• U•E• Taken,loving it and love that person with all your heart
•O•R•A• N•G•E• Like someone but you don’t know if they like u back for sure
•P•U•R•P •L•E• taken but like someone else
•T•E•A•L • You're a ninja.
G•R•E•E•N• taken and love the person your with but still confussed with somebodie else.
•R•E•D• Single, but in love with life, family, and friends

*Well... surely I choose •Y•E•L •L•O•W• coz i miss all my frenz so much... Rasa macam nak putar masa waktu tengah belajar kat kolej dulu. No need to fix things up. Just want to experience all the good and bad times that we have spent together. Masa sama2 menangis, bergelak ketawa, bertekak sesama dan banyak lagi lah. Time BBQ, Genting Highland, Sunway... name it... memang takkan lupa punya.... Kenapa lah korang boleh fikir aku ni dah tak ingat kawan... Ish..ish...

Sunday, January 24, 2010

I need to relax.... wanna join with me?

It's almost the end of the first month of 2010, but still a lot of things had happen in my life... It feels like I need to finish up everything as if it's for my end year assignment.. Fortunately I found this post that being send by my friend. It's quite entertaining so I decided to post it in my blog...
Kepala tengah pening... hati resah... jiwa kacau... nak kena balik JB petang ni... A.S.A.P... Sebelum tu layan la dulu benda alah ni....

1. 4 names in your HP inbox?
- Nazya... UITM Aida Maria... Kak Hana... UiTM Izzati...

2. your main ringtone?
-Sway by PCD

3. what you did at 12 last night?
-Zzzz... Sleeping. Ada kelas pagi Isnin

4. who was the last person you went outwith? where?
-Naz. Kat JJ Tmn U...

5. the color of the t-shirt you’rewearing now?
-dark gray

6. the last thing you did ?
-Having phone conversation with my mum

7. 3 of your everyday favorite things ?
-watchin tv, listen to d walkman, online

8. what’s your hp model?
- SE W910i

9. how much money in your wallet now?
- RM 100++ Nak bayar tuning kereta... nak bayar tol balik Jb lg... Duit minyak lagi...

10. How’s life?
- huru hara. Rasa macam banyak benda yang tak elok nak berlaku. Tanda-tanda pun dah banyak dapat. Hari ini pun ada yang tak kena juga. Kena balik JB lagi...

11. your favorite city?
- hm…KL for shopping. But there's nothing that can compared with my homeland, JB... Dah lama bermastautin dekat JB.. Mesti la jadi favourite..

12. what will you do next weekend
- Hm... Kalau ikut plan cik Af kita.. nak pegi water world.. Insyaallah menjadi la.. Boleh main air puas2.. cuaca tengah panas la katakan..

13. when’s the last time you met your mom?
- Yesterday.. And I'm gonna meet her again this evening.. Huhu.. mesti kena terlibat dalam drama sebabak dekat rumah nanti... Kena siapkan skrip ni...

14. anything you wanted back?
- hm…. all d memories during school time… lots of fun!! Dulu ala-ala budak skema.. Padahal tahap nakal orang lain tak tahu.. Only certain people got to know the real me... Itu la.. Siapa suruh diorang judge ikut luaran je... Taknak kenal hati budi zila yang baik tapi ada nakal juga ni...

15. Who was the Last person you talked to?
- My housemate Niesa... Inform dekat dia zila mahu pulang ke JB.

16. who is the last person that texted you?
- Roza a.k.a housemate

17. where did you have your dinner lastnight?
- home…. Tapi dekat Segamat la...

18. the last gift you’ve got?
- hehe a birthday gift from yazmine… my mr. smiley =) Itu yang boleh dikategorikan memang betul-betul gift.

19. last thing you borrowed from yourfriend?
- Liquid paper... Pinjam dari mek ti... Masa kelas CTU.

20. What do you feel now?
- no feelin… *yawn* Tapi pening kepala bila kereta buat hal pulak..

21. What do you order at MCD?
- double cheese burger…. hehe

22. The last time you felt so sad?
- hm… let me think……. Kalau masa tengok cerita sedih boleh ke?? 2 hari lepas la kalau camtu.

23. What is your wish for tomorrow?
- Cepat2 betulkan kereta and then boleh balik Segamat semula...

Ok... That's all for today... I need to go.. Balik JB A.S.A.P... Chow... Salam...