Sunday, February 14, 2010

Valentine's Day

Hm.... bercerita pasal Valentine's Day sampai esok pun belum tentu habis.... Tapi bila dapat 'task' untuk beri pendapat tentang hari 'Valntine' ni teringat pada assignment yang perlu di bentangkan di kelas untuk CTU sewaktu baru masuk belajar... Nasib badan daftar lambat masuk u, pertama kali masuk kelas terus dapat tajuk soal kaji selidik tentang sambutan hari Valentine di kalangan pelajar Uitm....

Siap kena buat soal kaji selidik tu... Huhu... Cari bahan sana sini... Fikir soalan yang nak di ajukan pada responden lagi... akhirnya dapat juga siapkan tugasan yang diberi.... Serba sedikit asal usul hari 'Valentine' dapat dikumpul dan dikongsikan bersama dengan rakan-rakan yang lain. Dalam kehidupan realiti, walaupun dikalangan pelajar yang ditahap ipt ni pun, belum tentu mereka tahu asal usul sambutan 'Valentine' secara sepenuhnya. Itu belum lagi dicampur dengan mitos atau lagenda zaman Rom kuno. It goes the same with me... Dulu tak pernah nak ambil tahu secara terperinci asal usul hari 'Valentine' tapi bila dapat tugasan baru la bertambah info.

Ok... Sambung topik tadi, sebenarnya tak salah nak meraikan hari yang istimewa bersama orang yang tersayang... Tapi tidak perlu tunggu sehingga 14 Februari baru nak sambut. Melainkan tarikh tu bagi makna yang mendalam pada pasangan selain untuk memperingati 'Valentine'. Contohnya ulang tahun kelahiran atau ulang tahun perkahwinan...etc... Tapi, kena juga tengok siapa yang dimaksudkan sebagai orang yang tersayang tu. Kalau insan yang dimaksudkan memang pasangan hidup yang sah, takkan ada halangan atau pandangan serong dari masyarakat. Kalau setakat pasangan kekasih yang belum tentu berkekalan hingga akhir hayat, baik lupakan. Antara sebab-sebabnya, godaan2 agar kita lakukan maksiat takkan berhenti dan akan hadir tanpa kita sedari. Sebab yang lain pula, masih ada golongan insan yang 'bijak' berfikiran mereka tergolong orang yang kolot atau 'poyo' kalau tak bersama-sama menyambut hari 'Valentine' ni sambil buat aktiviti2 tambahan... (-_-!!)

Para ilmuan pun ada bagi pendapat, Perilaku manusia ingin berkasih sayang memang tidak salah. Tapi ada had dan caranya. Amat penting untuk menumpukan perhatian terhadap perasaan kasih sayang ditempat yang betul.
Dalam ajaran Islam sendiri pun secara terang dah diberitahu terdapat 3 kategori kasih:
-Pertama, kasih Pencipta (Allah Subhanahu wata’ala) kepada hamba-Nya;
-Kedua, kasih hamba kepada Pencipta dan

-Ketiga, kasih makhluk sesama makhluk.

Sayang kalau kita masih tak tahu nak berikan kasih sayang yang lebih pada 'siapa' dan menyanjung tinggi pada yang Esa.



No comments:

Post a Comment