Saturday, February 27, 2010

BREATHING THERAPY FOR HEADACHE & TIREDNESS

Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?.
Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold" .
When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone.
If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily.
Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily.

When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly.

Thursday, February 25, 2010

Santai~....


Kata mak,

KAWAN tu ibarat lebah,

habis madu sepah dibuang....

Kata abah,

KAWAN tu umpama bunga ros,

dipandang cantik dipegang sakit...

kata atuk,

KAWAN tu seperti air,

terus mengalir....

Kata nenek,

KAWAN tu bak bulan,

dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana....

Kata sedara,

KAWAN tu macam makanan,

Kawan makan Kawan!!!

Kata abang,

KAWAN tu seperti lembu,

mengikut apa saja di kata.....

Kata kakak,

KAWAN tu tak ubah macam durian,

bau je busuk tapi sedap dimakan...

Kata adik,

KAWAN tu macam biskut,

sekejap ada sekejap takde....

Kata aku,

Kawan tu tak kisahlah macam mana...

walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT... dia tetap KAWAN....

Tau sebab apa??? Sebab sekali aku kawan dengan dia selamanya dia tetap kawan aku....

Monday, February 22, 2010

Cara Menadah Tangan/ Berdoa Yang Betul

Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik. Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah. Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” . Mencari keberkatan doa… Doa senjata orang mukmin…. Berikut ada panduan tata cara berdoa iaitu:

1) angkat tangan ke paras dada

2) rapatkan kedua-dua belah tapak tangan

3) “apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب Titik ba terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.

4) duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.

5) sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya… jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw

6) berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya

7) ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan

Sunday, February 14, 2010

Valentine's Day

Hm.... bercerita pasal Valentine's Day sampai esok pun belum tentu habis.... Tapi bila dapat 'task' untuk beri pendapat tentang hari 'Valntine' ni teringat pada assignment yang perlu di bentangkan di kelas untuk CTU sewaktu baru masuk belajar... Nasib badan daftar lambat masuk u, pertama kali masuk kelas terus dapat tajuk soal kaji selidik tentang sambutan hari Valentine di kalangan pelajar Uitm....

Siap kena buat soal kaji selidik tu... Huhu... Cari bahan sana sini... Fikir soalan yang nak di ajukan pada responden lagi... akhirnya dapat juga siapkan tugasan yang diberi.... Serba sedikit asal usul hari 'Valentine' dapat dikumpul dan dikongsikan bersama dengan rakan-rakan yang lain. Dalam kehidupan realiti, walaupun dikalangan pelajar yang ditahap ipt ni pun, belum tentu mereka tahu asal usul sambutan 'Valentine' secara sepenuhnya. Itu belum lagi dicampur dengan mitos atau lagenda zaman Rom kuno. It goes the same with me... Dulu tak pernah nak ambil tahu secara terperinci asal usul hari 'Valentine' tapi bila dapat tugasan baru la bertambah info.

Ok... Sambung topik tadi, sebenarnya tak salah nak meraikan hari yang istimewa bersama orang yang tersayang... Tapi tidak perlu tunggu sehingga 14 Februari baru nak sambut. Melainkan tarikh tu bagi makna yang mendalam pada pasangan selain untuk memperingati 'Valentine'. Contohnya ulang tahun kelahiran atau ulang tahun perkahwinan...etc... Tapi, kena juga tengok siapa yang dimaksudkan sebagai orang yang tersayang tu. Kalau insan yang dimaksudkan memang pasangan hidup yang sah, takkan ada halangan atau pandangan serong dari masyarakat. Kalau setakat pasangan kekasih yang belum tentu berkekalan hingga akhir hayat, baik lupakan. Antara sebab-sebabnya, godaan2 agar kita lakukan maksiat takkan berhenti dan akan hadir tanpa kita sedari. Sebab yang lain pula, masih ada golongan insan yang 'bijak' berfikiran mereka tergolong orang yang kolot atau 'poyo' kalau tak bersama-sama menyambut hari 'Valentine' ni sambil buat aktiviti2 tambahan... (-_-!!)

Para ilmuan pun ada bagi pendapat, Perilaku manusia ingin berkasih sayang memang tidak salah. Tapi ada had dan caranya. Amat penting untuk menumpukan perhatian terhadap perasaan kasih sayang ditempat yang betul.
Dalam ajaran Islam sendiri pun secara terang dah diberitahu terdapat 3 kategori kasih:
-Pertama, kasih Pencipta (Allah Subhanahu wata’ala) kepada hamba-Nya;
-Kedua, kasih hamba kepada Pencipta dan

-Ketiga, kasih makhluk sesama makhluk.

Sayang kalau kita masih tak tahu nak berikan kasih sayang yang lebih pada 'siapa' dan menyanjung tinggi pada yang Esa.



Thursday, February 11, 2010

Khasiat Kurma, Kismis, Madu

Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya." Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)". Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir". Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan". Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih". Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi". Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa". Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".

3) MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi". Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Friday, February 5, 2010

Terkejut.... Terkilan... Terkedu

Sepatutnya waktu tengah berhujung minggu ni hati dan minda rasa lapang tanpa sebarang tekanan.... Waktu ni la nak hilangkan rasa penat... Tapi lain pula yang jadi hari ini...

Terdapat satu 'invitation' yang dihantar oleh rakan satu kolej dahulu... Nama group yang diajak agar masuk bersama bertajuk 'L L and J A, should appologize to all MUSLIMS'
*Nama id mereka tidak didedahkan disini, tetapi boleh dilihat di laman facebook

Dengan rasa ingin tahu, laman yang dimaksudkan dibuka untuk mengetahui dan memahami dengan lanjut kaitan nama group serta isi kandungan isu yang mereka hebahkan... Hasilnya amat membuatkan hati rasa terkejut, terkilan serta terkedu... kalau tak percaya boleh lihat pada 'caption' yang diambil di dalam group ini...

Terkejut sebab orang yang bagi komen begini terlalu berani... Terkilan kerana mereka tiada sifat sensitiviti.... terkedu sebab tak sangka mereka sanggup mencaci nabi kita dengan nama b**i. Sedih rasa hati bila jadi macam ni....

Tuesday, February 2, 2010

PENING!!!!!

Ya Allah... Kepala asyik berdenyut je ni... Mungkin disebabkan cuaca yang terlalu panas hari ini..... Kepala pun jadi pening disebabkan tak tahan dengan perubahan cuaca yang mendadak... Telan paracetamol pun tak berkesan ni...

Aduhai.... Memang tak boleh nak elak kalau perubahan cuaca mendadak dari sejuk waktu pagi ke cuaca panas terik bila masuk waktu tengah hari sampai ke petang....What a day... Siapa2 ada cara nak hilangkan pening kepala yang dijamin berkesan???

Monday, February 1, 2010

Terasa bosan.....

Hari ini semua terasa tidak kena saja......