Tuesday, December 7, 2010

Suasana Baru

Ehem...ehem...
Masuk hari ini, genaplah 11 hari Zila menjalani latihan industri a.k.a praktikal. Overall...... Hmm.. Not bad... (banyak tak puas hati dari amat puas hati)
Ada masa terasa bosan apabila langsung tak ada kerja yang boleh dibuat dalam pejabat. Pada masa yang lain pula kerja berlambak-lambak sampai waktu habis kerja dilanjutkan sampai ke malam. Penat tu dah tak terkira.

Tapi.... Rasa seronok kalau dapat keluar ke tempat latihan sebab masa tu lah boleh tengok dunia luar dari duduk terperap dalam pejabat dari pagi hingga ke lewat petang.
Masa nilah nak cuci mata di tempat latihan, berkenalan dengan pelatih yang berkenaan, tengok sesi latihan dijalankan, sama-sama dikenakan dan terkena dalam sesi latihan, bla..bla..bla...

Kerja di Multi skills memang memerlukan tenaga pekerjanya melakukan pelbagai tugas. Senang cerita memang 'multi task' la kerja yang perlu dibuat.... Dalam minggu pertama ni proses
kerja masih ditahap permulaan... Tunngu la masuk bulan Januari nanti. Silap-silap dah takde rupa 'orang' dah bila balik kerja. Penat dan tekanan yang perlu dihadapi hanya Tuhan je yang tahu.

Semoga tahap ketahanan fizikal dan mental dalam diri cukup sehingga selesai sesi latihan praktikal. Yeah!! You can do it Zila!!! Fighting!!

No comments:

Post a Comment