Wednesday, January 27, 2010

Teringat pada En. R dan Pn. R

Siapa yang dimaksudkan dengan En R dan Pn R tu??? Hehe.. sudah semestinya kedua ibu bapa saya yang tercinta... Cewah... (^-^) Masa tengah khusyuk dengar lagu dari mp3 phone tadi tiba2 teringat pada mak dan ayah. Spontan tersenyum sendiri. Tapi bukan tengah angau ok... Cuma teringat kejadian2 atau perbualan yang seronok dan kelakar bersama mereka.


Bila dok teringat kat dorang hati rasa syukur sebab dapat parents yang terbaik untuk diri. Nak kata sporting, ada gak benda yang dorang sangat strict. Nak kata garang, ada je time dorang wat lawak spontan depan anak2 dorang. Parents yang sangat memahami?? Yup.. they're the most understanding parents for us in the family. Plus, jiwa dorang pun macam jiwa anak-anak dorang juga... Rasanya inilah salah satu sebab kami adik beradik tak berapa minat keluar melepak dengan kawan2. Kami lebih suka keluar dengan parents untuk jalan2, shopping, main bowling.. etc.... Rasa lebih seronok keluar dengan dorang. Atas sebab rasa selesa dan keselamatan kami jauh lebih terjamin bila dengan mereka.

Rasa selesa dengan mereka sampai kita boleh bercerita apa sahaja dengan mereka. Tentang bestfriends, coursemate, housemate, orang yang tak berapa 'ngam' dengan kita pun boleh diceritakan pada mereka. Kalau ada apa2 masalah tak perlu sembunyi dengan mereka. Lebih baik share dan minta pertolongan dari mereka. Kita rasa akrab dan rapat dengan mereka bila 'wave' kita bersama parents adalah sama atau tiada suasana janggal bila berkomunikasi dengan mereka. Sampai satu tahap, mak dan ayah pun kadang2 guna bahasa pasar remaja zaman sekarang seperti 'poyo' dan sengal bila berkomunikasi dengan anak2. Nanti ada la sesi dialog seperti, " Kenapa taknak singgah bank pergi bayar yuran tadi?? Sengal la zila ni." Ataupun ada situasi dimana mak atau ayah sengaja nak buat kami panas hati, "Poyo la dida" tak pun "poyo la cara asyraf main bola tadi" (masa tu rasa macam menyesal memperkenalkan perkataan2 yang tak berfaedah macam tu pada parents sendiri)

Kalau cerita pasal kenangan waktu kecil mesti teringat pasal satu benda ni. Ingat senang ke nak dapat parents yang sama2 berebut main games. Video game yang guna kaset petak dulu tu... Siap tiup2 pada permukaan bawah tape game kalau gambar game tak clear. Ingat tak game super mario, Tetris, Contra...etc. Ha... itulah game yang selalu kami anak-beranak berebut tunggu giliran nak main. Siap ada babak tawar menawar lagi dengan mereka.

Masa kecil kami adik beradik semua nakal. Ada je kejadian yang kami buat memeningkan kepala mak ayah siap buat jiwa mereka kacau sekali. Kejadian yang takkan dilupakan time zila tak sengaja bakar bilik stor rumah. Masa tu bukannya suka2 nyalakan api kat bilik stor tu. Semuanya gara2 kesiankan anak kucing yang dok kat dalam bilik gelap. Umur pun baru 6 tahun. Manalah tahu kucing sebenarnya ada night vision. Boleh aje dorang tu hidup @ bergerak waktu gelap. Bila baik hati nyalakan lilin bagi terang bilik tu untuk kucing, zila pun sibuk pergi main bunga api dengan adik. Time pagi2 buta ok... baru lepas bersahur kalau tak silap waktu tu. Tengah syok bernyanyi sambil menari dengan bunga api semua tiba2 ternampak ada asap hitam keluar dari dalam stor. Zila pun cepat2 lari nak tengok apa yang dah terjadi. Wargh!!! Kotak besar yang ada kat dalam stor tengah terbakar la... "Habis la kalau mak dan ayah dapat tahu...." Dalam tengah panik tu sempat la juga lari ke dapur amik periuk dan isi air untuk padamkan api. Baru lepas jirus air sekali mak dah perasan... Terus dia menjerit, "Zilaaaaa!!!!! Apa yang ko dah buat haaa...!!!" Benda yang pertama difikirkan bila dengar mak menjerit macam tu mestilah sembunyi menyelamatkan diri.. hehe... Ayah siap backup lagi tolong cover cakap pada mak yang dia tak nampak zila lari ke mana... padahal dia nampak je zila ni terkedek-kedek lari dan merangkak sembunyi bawah katil. (Thanx dad -_-!!) Nasib kebakaran tu kira kecil lagi.. Tak berbahaya.
Tapi hasilnya zila dah buat jiwa ayah kacau atas sebab2 tertentu :
1. Dalam kotak yang terbakar tu semuanya barang milik ayah.
2. Hampir semua surat2 cinta mak kepada ayah time dorang muda mudi dulu dah hangus terbakar.
3. Pasport ayah turut terbakar.
4. Beberapa barangan askar ayah turut terbakar.
5. Stor rumah yang tak disengajakan terbakar ni rumah kuarters askar. Rumah kami berdekatan dengan office ayah. Tak ke kecoh bila anak2 buah dia nampak apa yang terjadi... huhu..
6. Ayah baru je lepas mission dengan UN dan baru balik Malaysia.... Anak dia sudah bagi satu situasi yang agak mencemaskan pada hati ayah sama macam dia tengah wat mission... Kekeke...

Seriously, bila dikenang balik waktu kejadian tu mesti zila tergelak. Kucing yang zila sibuk jaga tu semuanya selamat. Selamba je mak kucing angkut anak2 dia pindah bilik stor lagi satu time kebakaran tu. Yang sedang kalut cuma mak dan ayah yang berusaha padamkan kebakaran. Zila pula sibuk dok sembunyikan diri bawah katil takut kena marah dengan mak. Adik pula masa tu blur sebab tak berapa faham apa yang tengah berlaku.

Ini baru satu peristiwa... Belum lagi dengan kejadian yang lain2. Seingat zila mak tak ada rotan atau pukul guna 'hanger' hari tu. Ayah pun tak ada marah2. Mereka pun terkejut kot. Hehe.. Tapi yang penting semua orang selamat. Yang tak selamat barang2 berharga ayah tu je la...

Bila dah besar ni alhamdulillah tak ada perkara2 yang buruk dilakukan kami adik-beradik. Seboleh- bolehnya ikut cakap mak ayah. Kalau ada kawan2 tanya mak ayah ko garang ke tak?? Kami akan jawab tak. Sebab masa kami kecil mak ayah dah puas jadi parents yang superb punya garang dan tegas. Sekarang ni dah tak ada 'hanger', tali pinggang, cubit, kene kunci kat luar rumah time malam, tendang segala.... Kalau ada paling teruk pun bebelan mak yang non-stop. Ayah pula akan keluar komen atau 'statement' yang agak sinis dan 'sarcastic'. Memang menusuk hati la kalau kena macam tu. Tapi apa2 hal merekalah parents yang 'sporting' dihatiku. Kalau nak main bowling boleh ajak mereka sekali. Nak tinjau PC fair pun boleh bawak mereka sekali. Masa nak pergi shopping lagi best kalau mereka ada sekali.

Cara mak dan ayah serapkan nilai2yang baik pun bukan secara paksa. Mereka bagi contoh melalui perlakuan dan ajakan agar kami ikut serta. Mereka tunjuk betapa pentingnya begaul mesra sesama keluarga. Sentiasa melawat orang tua di kampung. Ziarah sanak saudara bukan masa raya sahaja. Kalau ikutkan, diri ini rasa bangga dengan parents sendiri sebab jiran2 amat baik dengan kami sekeluarga. Tiap2 hari mak akan pergi bersenam dan bersukan bersama2 jiran. Kalau ada masak lebih nanti ada sahaja bekal yang dihantar atau diterima oleh mak. Dengan saudara mara pun kami rapat. Raya tahun lepas pun ayah sanggup jemput adik angkatnya yang masih baru memeluk Islam untuk bersama-sama raikan hari raya bersama keluarga besar kami. Sebagai kenangan, kami mengambil gambar potret sekeluarga untuk digantung di kampung dan juga rumah masing-masing.

Hm... tak sabar nak cuti mid sem nanti. Kalau serentak dengan cuti sekolah bermakna ada la program cuti yang dah disediakan oleh ayah untuk kami sekeluarga. Untung2 dapat la buat cuti2 Malaysia.

2 comments:

  1. poyo r zila nk selamtkn kucing last2 tbako blk store heheehe ingt2 blk cm klakar je kn.nsb bek bomba x dtg =)

    ReplyDelete
  2. haha... dah sayang kucing... Tapi taubat la tak buat lagi...

    ReplyDelete