Sunday, January 31, 2010

Di hari Hujung Minggu

Menjalani kehidupan pada hujung minggu tanpa sebarang aktiviti memang membosankan. Di kepala mula la fikirkan perkara2 yang kreatif semata-mata untuk mengisi masa lapang yang terlalu lapang. Nak borak2 dengan housemate yang lain masing2 sibuk dengan aktiviti sendiri. Kak hana yang rajin berceloteh pun takde di rumah waktu ini. Tengah duduk melepak sambil online baru la teringat assignment, test, slide yang sebenarnya dah lama memanggil supaya dibelek, dibaca, ditaip, ditulis segala.... Buku pun macam melambai-lambai je setiap kali lalu depan meja study. Dengan sepenuh hati tapi separa rela semua buku, nota dan bahan untuk assignment di ambil. Konon nak siapkan semua kerja hari ini juga.

Tapi macam biasa la... kata akal, kata hati dengan anggota badan langsung taknak bekerjasama antara satu sama lain. Hasilnya kerja yang di plan nak buat lambat perkembangannya. Baru buat kerja sikit rasa haus. Baru buat draft sikit mata rasa mengantuk. Telinga ni gatal rasa nak dengar lagu. Tangan pula gatal nak on laptop untuk online. Last2 buat phone call pada cik af konon nak tanya apa dia tengah buat. Cik Af jadi penyelamat bila dia inform nak datang rumah. (Af, kau memang datang tepat pada waktunya... hehe..) Kalau cik La dan cik Af berjumpa, alamatnya urus niaga bertukar bahan-bahan yang berfaedah akan dilakukan. *hanya untuk kami berdua serta kroni2 yang sewaktu dengannya akan fikir begitu... Ada la dalam sejam kami lepak2... borak2... gelak2... soseh2...

Lepas cik Af balik kak hana pun sampai rumah... Konon2 rasa bersalah sebab dah sepahkan rumah. Macam mana la tak bersepah... Kertas nota berselerak dekat ruang tamu. Tak cukup dekat atas meja, atas sofa dengan lantai pun ada nota. Tuan punya nota bukannya tengah pegang nota tapi sibuk menatap laptop menonton segala koleksi muzik video yang disimpan. Kerja yang perlu disiapkan dah siap di taip dan disimpan dalam pendrive.... takkan la nak terus tutup laptop kan....

Malam ni nak sambung buat CTU pula. Esok hari dah kurang beban dan kerja yang tengah beratur dan bersusun untuk disiapkan. (So... apa lagi cik La... dah tak reti2 nak berhenti buat benda2 yang 'lagha' ni... Kerja lain banyak lagi tengah tunggu tu...)

Ok la... lepas ni sambung cerita lain pula... Selamat berhujung minggu buat rakan2 yang lain.

p/s: Buat cik Af, silalah tonton video ini... Khas buat anda =) Inilah satu-satunya video yang sukar difahami dari segi lirik dan jalan cerita yang tiada kaitan langsung...




No comments:

Post a Comment