Friday, March 12, 2010

I Cried..... A Lot.....

Cerita untuk hari ini memang ada kena mengena dengan tajuk entry..... Hari ini merupakan pengalaman yang pertama menangis tersedu sedan semasa membaca komik.... Saya ulang semula, semasa membaca komik ye.... Bukan novel, artikel atau tazkirah yang selalunya memang bisa meruntunkan hati dan menimbulkan kepiluan hati....


Asal usul cerita ini agak panjang untuk diterangkan. Kalau rajin nak ambil tahu boleh search di Google dengan nama 'Daddy Long Legs'. Komik yang dibaca ini pula adalah hasil illustrasi oleh pelukis korea dan diterjemahkan ke Bahasa Melayu.

Ingatkan kalau baca koleksi komik yang telah ditambah oleh adik akan membuatkan hari yang mendatang lebih ceria. Tapi hasilnya, bangun pada waktu pagi keesokannya dengan mata yang bengkak setelah menangis macam baru lepas kematian kucing yang disayangi ditambah pula dengan hati yang rasa pilu je. *Darn it..... mesti mak pelik je kalau nampak mata ni bengkak... huhu...

p/s: Totally happy for my little sis for gaining good result for her SPM. Something bothers me when my second sis complaining about our lil sister's choices of university that she applied in UPU.

No comments:

Post a Comment