Wednesday, March 3, 2010

Tetamu Yang Tak Diundang....

Semalam ada 'tetamu' yang tak diundang menceroboh masuk ke dalam rumah....
Ini cerita yang benar dan tiada yang lain melainkan benar...
Mengikut petikan kaunselor :

Tetamu yang tidak diundang terdiri daripada manusia, persekitaran ataupun benda seperti huraian berikut:
• Rakan-rakan yang mengganggu ketenteraman. Jika rakan-rakan yang datang ke rumah maupun di tempat duduk anda tanpa sebarang tujuan malah mengganggu rancangan anda maka mereka ini tergolong dalam golongan tetamu yang tidak diundang. Oleh itu cubalah terangkan kepada mereka secara baik bahawa ketika itu anda mempunyai tugas yang lebih penting dan memerlukan keadaan yang tenteram tanpa diganggu.... (Portal Pendidikan Utusan)


Tetamu yang dimaksudkan adalah seekor kucing parsi yang sangaaaaattttt la comel...... Entah macam mana dengan tanpa segan silu 'beliau' masuk ke dalam rumah dan naik ke atas sofa tempat saya sedang duduk sambil membuat nota....

Bukannya benci atau geli dengan kucing ni, tapi masalahnya Cil La ni ada alahan dengan kucing... Kalau setakat tengok kucing dari jauh boleh la... tapi kalau dah sampai tahap 'beliau' datang bertenggek dekat atas sofa, buat2 manja gesel dekat kita tanpa kerelaan tuan punya badan a.k.a tuan rumah, alamatnya datang la penyakit selsema...

Kucing ni pun macam tau2 je kita tak boleh nak pegang, peluk cium dia... Punyalah seronok dia buat lawatan dalam rumah sampai ke tingkat atas. Tak cukup dengan itu, habis nota pun dipijak-pijaknya...

Hari ini penyakit yang paling dibenci telah melanda diri ini.... Tengah sedap duduk lepak dekat sofa tiba2 tekak dan mata rasa gatal... Tak lama lepas tu hidung dah mula buat bunyi srot seh srot seh.... Barulah teringat yang Cik La terlupa nak sapu bulu kucing yang melekat pada sofa semalam. Yang dibersihkan cuma tangan dan baju yang ada bekas kucing gesel... Huhu...

Nak marah kucing tu rasa macam tak patut. Hm... hopefully esok pagi dah reda sikit selsema ni... Kalau tak, nanti tak selesa nak pergi ke kelas...


No comments:

Post a Comment