Monday, March 1, 2010

Terkenangkan IIC.......



Terkenangkan zaman waktu sedang belajar di International Islamic College a.k.a Kolej Islam Antarabangsa.


Bangunan kolej ni dah la kecil dan comel saja...Dalam 5 minit kalau berlari dah habis round setiap tingkat bangunan. Nak pusing satu blok bangunan pun tak sempat nak lencun baju dengan peluh. Takde la sibuk orang kata sesat tak tahu nak pergi blok atau bilik yang mana... Siap ada East Wing dengan West Wing lagi.... Ingat dekat U.S saja ke yang ada West Wing... hehe...


Bangunan yang berbentuk 'H' sebelum ni bangunan untuk kilang. Tapi dah diubah suai jadi bangunan kolej. Bangunan ni hanya ada empat tingkat sahaja termasuk tingkat bawah. Tapi tetap ada 2 buah lif untuk kegunaan semua. Jangan cari pasal la kalau setakat nak naik tingkat 1 tapi gatal nak sesakkan lif juga. Alamatnya kena 'sound' dengan orang yang sama-sama naik lif tu. Kalau waktu puncak terutamanya waktu bermula kelas dan akhir kelas mesti padat isi kandungan lif. Macam-macam bau bercampur yang semerbak kat dalam lif tu. Uish... dengan bau student yang tak mandi pagi la... Bau peluh lagi.... Tak termasuk bau pewangi yang terlebih wangi lagi.... Kalau ramai orang sedang menunggu giliran nak naik lif beramai-ramai, dari terseksa dalam lif lebih baik guna tangga walaupun nanti tercungap-cungap masa masuk kelas. Mana larat nak tahan nafas kat dalam lif dengan segala macam jenis bau.


Kalau nak pergi jumpa lecturer pula tak perlu cari di sepanjang blok bangunan untuk cari nombor bilik. Hanya perlu pergi ke department yang mana dan cari meja lecturer yang terdapat dalam bilik tu... Kira macam deparmental office dengan 'cubic' meja yang setiap satu ada halangan antara meja sebelah.... Kalau kepala dah macam burung unta tercari-cari meja lecturer nanti ada la yang bertanya nak cari siapa. Lepas tu siap buat announcement anak murid cari lecturer sampai satu bilik boleh dengar...


Kalau study atau lepak dekat library pula boleh pilih sama ada nak duduk bersila kat meja jepun, meja besar untuk 4 orang atau duduk sorang2 mengadap tingkap atau dinding. Selalu kawasan belakang bising sikit sebab dekat dengan bilik video. Nanti ada la suara2 ala macam dekat panggung wayang masa waktu tayangan tengah berjalan. Ada masanya lecturer bawa student tengok movie dekat bilik video. Kalau tak pun student plan dengan lecturer kalau dah habis belajar ikut silibus untuk tonton wayang mini dekat bilik AV ni....


Hm... Tak tahu la macam mana keadaan di IIC sekarang. Mesti dah banyak berubah. Paling kurang pun mesti ada kerja ubah suai dekat International Student's lounge tu... Kali terakhir datang ke kolej dulu pun dah ada meja pool dekat dalam bilik tu untuk kegunaan foreign student. Untung betul mereka ada ruang mereka sendiri...




p/s: Rindu juga pada budak2 Malai.... Teringat ada babak menangis beramai-ramai masa meeting Business Com hanya disebabkan masing-masing argue pasal Organizational Chart. Setelah di 'reject' Amir sebanyak 3 kali akhirnya berbaloi juga bila Malai Season Beach Resort dapat best OC time B.Com fair...

No comments:

Post a Comment