Wednesday, March 3, 2010

TEKANAN MELANDA DIRI...!!!!!

Tekanan mula melanda setelah bangun pada waktu pagi hari ini.....
Antara faktor-faktor yang menyumbang pada perasaan TERTEKAN untuk hari ini adalah:
1) Bangun je dari tidur tekak terasa amat perit beserta selesema yang agak kronik
2) Turun ke tingkat bawah 'tension' bila melihat keadaan hall yang BERSEPAH dengan segala cushion di sofa tidak teratur dan tunggang langgang
3) Lantai penuh dengan sampah sarap yang tak dikutip atau disapu setelah 'orang2 yang berkenaan' buat sepah
4) Ketenangan hati teruji apabila ternampak segala cawan dan mug bersusun atas meja makan tanpa dibasuh. Plus, lauk yang dah habis dimakan pun tak dibasuh mangkuknya
5) Dapur masak dah comot sebab tak dilap selepas digunakan.

Inilah antara faktor yang menyumbang pada tahap penurunan KESABARAN dan KETENANGAN yang sentiasa di pelihara dalam diri. Time setting yang dah dirancang awal-awal pun dah tak teratur disebabkan nak uruskan hal yang remeh macam ni.

p/s: terfikir plan nak ciptakan sistem denda pada 'culprit' yang selalu bikin rumah tak kemas. Kalau dapat tangkap siapa yang buat sepah atau tak cuci pinggan/cawan lepas guna kena denda bayar seringgit. Agak-agak kalau sampai seminggu straight kena denda mesti diorang taubat tak nak buat lagi kan..... Duit itu kan penting pada semua orang... Kalau asyik berhabis semata-mata nak bayar denda buat malu je.... Macam mana dengan rakan taulan yang lain??? Bernas tak idea ni??? Hehe....

No comments:

Post a Comment